Monday, 24 October 2016

SIGNIFIKAN LABEL BARU

LABEL BARU MAXOIL

Secara tepat konsep label MAXOIL kali ini adalah lebih kepada moto & tema jenama itu sendiri. 24 tahun tidak pernah tersasar dalam memahami kehendak para penggemar yang tegar mengguna dengan penuh setia. JUJUR TENTANG KUALITI terus diangkat sebagai moto penting dalam menggariskan misi & visi kerana JUJUR TENTANG KUALITI sudah sebati,sedarah daging dengan organisai MCS kerana kualiti produk yang dibekalkan bertepatan & tidak pernah lari dari kualiti tulen sekaligus bertepatan pula dengan spesifikasi mutu sepertimana yang dijanjikan.

Bentuk 'SHIELD' mengambil tempat diruang tengah memaparkan WIRA yang dinobatkan sebagai JUARA. Tidak pernah KALAH,tidak GENTAR, malah terus beraksi lebih GIGIH & BERANI menghadapi pihak lawam. Gah di gelanggang umpama pahlawan. Kelahiran baru penuh BERGAYA & BUGAR. DINAMIK menguasai bentuk & ruang. MESRA & CERIA dengan limpahan warna terang gelap. Penampilan seiring dengan mutu & kualiti yang sememangnya menjanjikan ketulenan tanpa ragu. Padat dengan misi. Sarat dengan matlamat & cita-cita.

Label baru kini lebih trampil sekaligus mencuri tumpuan pada jenama yang nyata sedang laris di pasaran ini. MAXOIL satu jenama yang masih kukuh terapahat biarpun sudah 6 kali dipertingkat & diperbaharui konsep & kini ia lebih EKSKLUSIF, ELEGAN & SOFISTIKATED. Tiada penolakan sama sekali.

JUJUR TENTANG KUALITI teras prinsip yang teratas biarpon sudah berpenampilan baru. Selamanya kepercayaan yang diraih tidak sekali-kali dipersiakan. MAXOIL melangkah gagah setapak lagi dengan wajah baru.

sumber dari:
MCS News